Sukan Paralimpik Musim Panas 1968

Sukan Paralimpik Musim Panas 1968 (bahasa Inggeris: 1968 Summer Paralympicscode: en is deprecated , Ibrani: המשחקים הפאראלימפיים בקיץ 1968‎code: he is deprecated ) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Tel Aviv, Israel dari 4 hingga 13 November 1968.[1]Temasya tersebut asalnya dijadualkan untuk diadakan di Bandar Raya Mexico, tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Panas 1968. Namun pada tahun 1966, kerajaan Mexico mengatakan bahawa mereka tidak mampu menganjurkannya disebabkan oleh kekangan teknikal.[2] Kerajaan Israel telah menawar untuk menganjurkan temasya tersebut di Tel Aviv dan tawaran tersebut telah diterima. Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Paralimpik diadakan di bandar yang berbeza dengan Sukan Olimpik.

Sukan Paralimpik Musim Panas 1968

Penyertaan negara 28
Upacara pembukaan 4 November 1968
Penyertaan atlet 750
Stadium utama Tel Aviv Thingstätte
Acara 181 dalam 10 sukan
Bandar tuan rumah Tel Aviv, Israel
Pembukaan dirasmikan oleh Yigal Allon
Upacara penutupan 13 November 1968